Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

03 February 2015

CUTI PANJANG MELINGKAU..........

Assalamualaikum........
Seronok sungguh cuti panjang dari Sabtu Ahad Isnin Selasa.... Puas dapat melingkau kat rumah pagi-pagi. Sempena cuti 4 hari ni tak ada agenda khas. Bila rasa tergerak hati nak keluar, kami keluar jew. Hari Sabtu lepas, selesai jew Mat Bangla betulkan bilik air, kami terus siapkan diri dan apa yang patut, terus shoot pergi nilai ambil adik. Rancangan hari ni nak bawa anak-anak dara ni mandi pantai.

Pantai yang paling dekat kami terjah ke Port Dickson jew. Nasib baik jalan tak jemm. Alhamdulillah orang pun tak ramai sangat..... sesuai untuk rilex dan santai dengan anak-anak.

Seronok dapat mandi pantai.... dah lama juga tak bermandi-manda di air masin ni. Si kecik ni paling seronok dapat masuk dalam air. Ditrpuk-tepuknya air tu. 
Si bambam sorang ni asyik je dok cedok pasir.... taknak pun masuk air, lagi best main pasir katanya. Apa-apa la sayang berdua janji kamu happy.





11 January 2015

SELAMAT DATANG KE DUNIA BARU

Ahli baru dalam keluarga saya... baru 3 minggu mengecapi udara di bumi Tuhan.



Anak.........
Semoga kamu membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang taat pada perintah Allah, pada Abi dan ibu mu serta saudara mara mu dan saudara seagama mu. Doa ku untuk mu anak.... Terlalu banyak cabaran dan liku liku di hadapan mu, moga kamu kuat menempuh cabaran hidup di bumi Tuhan ini.