Assalamualaikum........
Seronok sungguh cuti panjang dari Sabtu Ahad Isnin Selasa.... Puas dapat melingkau kat rumah pagi-pagi. Sempena cuti 4 hari ni tak ada agenda khas. Bila rasa tergerak hati nak keluar, kami keluar jew. Hari Sabtu lepas, selesai jew Mat Bangla betulkan bilik air, kami terus siapkan diri dan apa yang patut, terus shoot pergi nilai ambil adik. Rancangan hari ni nak bawa anak-anak dara ni mandi pantai.
Pantai yang paling dekat kami terjah ke Port Dickson jew. Nasib baik jalan tak jemm. Alhamdulillah orang pun tak ramai sangat..... sesuai untuk rilex dan santai dengan anak-anak.
Si bambam sorang ni asyik je dok cedok pasir.... taknak pun masuk air, lagi best main pasir katanya. Apa-apa la sayang berdua janji kamu happy.

